Jumaat, 8 November 2019 | 9:51pm
Gunung berapi Sakurajima di Jepun memuntahkan asap dan debu. - Foto Twitter/Volcanohull

Gunung Sakurajima muntah abu setinggi 5.5 kilometer

TOKYO: Gunung berapi Sakurajima di Jepun memuntahkan asap dan debu hari ini, dalam letusan terbesarnya sejak tiga tahun, lapor Kyodo News.

Gunung itu terletak di kawasan paling selatan pulau utama Kyushu, ia memuntahkan debu setinggi 5.5 kilometer.

Ia adalah kali pertama awan debu dari letusan gunung berapi itu melepasi paras lima kilometer, sejak Julai 2016, kata Kyodo memetik pemerhati meteorologi tempatan.

Gunung berapi itu amat aktif, ia meletus lebih 100 kali, hanya tahun ini sahaja dan tiada kerosakan dilaporkan, setakat ini, menurut laporan terbabit. - Reuters

Berita Harian X