Sabtu, 16 November 2019 | 9:54pm
Anggota PLA China mengalihkan bata dan serpihan dari jalan raya di Hong Kong yang dilakukan penunjuk perasaan. -Foto AFP
Anggota PLA China mengalihkan bata dan serpihan dari jalan raya di Hong Kong yang dilakukan penunjuk perasaan. -Foto AFP

Hong Kong dibersihkan selepas huru-hara, vandalisme

HONG KONG: Proses pembersihan dilihat dilakukan di seluruh bandaraya ini hari ini dengan kumpulan pro-kerajaan mengalihkan bata dan serpihan dari jalan raya selepas seminggu gangguan dan keganasan meluas ketika penunjuk perasaan prodemokrasi mengubah taktik untuk menghuru-harakan wilayah ditadbir China itu.

Kempen ‘Mekar di Mana-mana’ membabitkan sekatan jalan raya, vandalisme dan protes di seluruh hab kewangan semi-autonomi itu menutup sejumlah besar rangkaian kereta api, memaksa sekolah dan pusat beli-belah ditutup serta memberi tekanan kepada pasukan keselamatan.

Taktik menyekat persimpangan utama dan lebuh raya dengan penghadang dari batu-bata, perabot, tong sampah dan penghadang keluli, sementara kampus universiti menjadi tapak mengumpul bom petrol dan bekalan.

Hari ini, ratusan penyokong kerajaan mula meruntuhkan dinding konkrit buatan di atas jalan raya oleh penunjuk perasaan prodemokrasi yang menggegarkan Hong Kong sejak lebih lima bulan.

Sehingga tengah hari, sejumlah besar lelaki berbidang sasa dan memakai baju sukan muncul dari berek Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) di Kowloon, memindahkan bata dari jalan serta mengangkut serpihan.

Komen dalam Facebook mengenai pembersihan itu menerima pendapat berbeza dengan sesetengah menyokong usaha anggota terbabit sementara yang lain menyifatkan pengerahan PLA itu ‘tidak mengikut perlembagaan’ di bawah perjanjian penyerahan.

Pertengkaran dan pertembungan turut meletus hari ini antara aktivis pro-kerajaan dan prodemokrasi masih menguasai sebahagian kampus universiti.

Di tempat lain, Universiti Politeknik Hong Kong di Kowloon, penunjuk perasaan terdiri daripada pelajar juga mula membersihkan sampah namun bertegas, mereka mahu mengekalkan pendudukan kampus serta mengawal satu daripada terowong utama ke Pulau Hong Kong. -AFP

Penunjuk perasaan anti-kerajaan membersihkan sampah sarap di Universiti Politeknik Hong Kong hari ini. -Foto Reuters
Penunjuk perasaan anti-kerajaan membersihkan sampah sarap di Universiti Politeknik Hong Kong hari ini. -Foto Reuters

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X