Ahad, 24 November 2019 | 9:07am
Penduduk berbaris untuk mengundi dalam Pilihan raya Majlis Daerah di Hong Kong hari ini. -Foto EPA
Polis anti-rusuhan berkawal ketika pengundi berbaris untuk memilih 452 ahli majlis daerah di Hong Kong hari ini. -Foto Reuters

Pemimpin prodemokrat Hong Kong hantar mesej menerusi undian

HONG KONG: Penduduk Hong Kong mengundi dalam pilihan raya majlis daerah hari ini dengan pergerakan prodemokrasi berharap keputusan undian dapat menghantar mesej kepada kerajaan disokong China.

Beberapa hari menjelang pilihan raya menyaksikan perhimpunan besar-besaran dan pertembungan ganas antara penunjuk perasaan dan polis, namun keadaan tenang hari ini untuk bandar yang huru-hara akibat hampir enam bulan kekacauan politik.

Pergerakan bantahan menggesa penduduk mengundi dan menghentikan gangguan, bimbang kerajaan menangguhkan pilihan raya, yang dibuka seawal jam 7.30 pagi waktu tempatan untuk 4.13 juta pengundi berdaftar.

Tulisan pengguna prodemokrasi di papan dalam talian popular LiHKG menggesa penyokong ‘supaya tidak membahayakan pilihan raya.’

Undian majlis daerah biasanya mencetuskan sedikit kejutan, dikuasai calon sekutu dengan kerajaan disokong China membabitkan aktiviti harian seperti kutipan sampah dan perancangan keputusan.

Namun dengan bantahan melingkari bandar itu, calon prodemokrasi berharap untuk memberi mesej kepada Ketua Eksekutif Carrie Lam dan pergerakan pro-Beijing yang enggan tunduk kepada tuntutan mereka.

Undian untuk memilih 452 ahli majlis di 18 daerah adalah paling hampir di mana pengundi Hong Kong mendapat perwakilan langsung, namun kehadiran biasanya tidak memberangsangkan.

Hampir 400,000 pengundi baharu berdaftar, dianggap meluas sebagai tanda positif untuk kem prodemokrasi.

Polis dikerah di stesen mengundi dan jalan raya di sini bagi menghalang sebarang gangguan.

“Jika anda mencetuskan huru-hara besar-besaran atau tindakan melanggar undang-undang, agak sukar mengadakan pilihan raya adil.

“Ia adalah latihan sebenar demokratik. Saya benar-benar mahukan penduduk menghargainya,” kata Ketua Setiausaha kerajaan Matthew Cheung semalam.

Pilihan raya daerah kekal paling bebas diadakan di bandar itu. Sebagai perbandingan, anggota perundangan bandar dipilih oleh campuran undi popular dan kumpulan industri dipenuhi pengikut setia Beijing. Ketua eksekutif Hong Kong dipilih oleh jawatankuasa pro-kerajaan sama.

Penganalisis menjangka, calon prodemokrasi menang besar dalam majlis daerah namun masih jauh untuk memperoleh majoriti 452 anggota. -AFP

Aktivis dan pemimpin prodemokrasi, Joshua Wong, bercakap kepada media ketika tiba untuk membuang undi dalam Pilihan Raya Majlis Daerah di Hong Kong hari ini. -Foto EPA

Berita Harian X