Selasa, 3 Disember 2019 | 10:16pm
Jutawan hartanah Pakistan, Malik Riaz Hussain. Foto Agensi

Jutawan Pakistan setuju serah wang tunai, hartanah

LONDON: Jutawan hartanah Pakistan, Malik Riaz Hussain dilaporkan bersetuju menyerahkan lebih 190 juta pound (RM1.025 bilion) pegangan miliknya kepada Kerajaan Britain, sebagai penyelesaian siasatan jenayah di negara itu.

Malik Riaz adalah antara individu terkaya dan ahli perniagaan terkemuka di Pakistan, selain sering menyokong pelbagai aktiviti kebajikan, sebelum dilaporkan terbabit dalam siasatan rasuah.

Agensi Jenayah Kebangsaan Britain (MCA) berkata, mereka sudah bersetuju dengan terma penyelesaian, antara lain, Malik Riaz akan menyerahkan satu hartanah di 1 Hyde Park Place bernilai 50 juta pound (RM269.98 juta).

Selain itu, turut diserahkan wang tunai daripada beberapa akaun bank di negara itu.

Terdahulu, NCA berjaya memperoleh perintah untuk membekukan wang tunai bernilai 140 juta pound (RM755.96 juta) daripada beberapa akaun, yang dipercayai diperoleh secara haram.

NCA berkata, kesemua aset terbabit akan diserahkan kepada Kerajaan Pakistan dan penyelesaian yang dipersetujui dengan Malik Riaz membabitkan perkara sivil dan tiada kaitan dengan pengakuan bersalah daripada pihaknya. - Reuters

Berita Harian X