Sabtu, 21 Disember 2019 | 12:56pm
Gambar fail, berjalan berhampiran kebakaran yang dilakukan oleh penunjuk perasaan anti-ekstradisi semasa protes di Hong Kong. - Foto REUTERS
Gambar fail, berjalan berhampiran kebakaran yang dilakukan oleh penunjuk perasaan anti-ekstradisi semasa protes di Hong Kong. - Foto REUTERS

Polis Hong Kong tahan lelaki lepas tembakan

HONG KONG: Polis Hong Kong menahan seorang lelaki berusia 18 tahun selepas dia melepaskan satu tembakan menggunakan pistol ke arah pegawai polis, lewat petang Jumaat, kata polis.

Menurut polis, mereka mengesyaki ia mempunyai kaitan bantahan anti-kerajaan yang menyebabkan keadaan huru-hara di bandar raya itu.

Pesuruh jaya Kanan Polis, Biro Kongsi Gelap dan Jenayah Terancang, Steve Li berkata, lelaki itu sudah ditahan selepas dia melepaskan temabkan di utara daerah Tai Po. Tiada kecederaan dilaporkan.

Serbuan di flat berhampiran menjumpai senjata termasuk raifal separa-automatik dan peluru.

Menurut Li, terdapat petunjuk kes ini mempunyai kaitan dengan serbuan senjata dan bahan letupan termasuk di pulau Hong Kong.

Gambar fail, penunjuk perasaan membakar jalan masuk ke Station Pusat MTR di Hong Kong. - Foto REUTERS
Gambar fail, penunjuk perasaan membakar jalan masuk ke Station Pusat MTR di Hong Kong. - Foto REUTERS

“Ketika ini, apa yang kami tahu, maklumat kami menunjukkan dia mahu menggunakan senjat aitu ketika bantahan dan kekacauan serta mencederakan polis,” katanya.

Seorang jurucakap polis berkata, tiada sebarang dakwaan dibuat ketika ini.

Kejadian tembakan berlaku itu berlaku menjelang bantahan anti-kerajaan yang dirancang lebih awal hujung minggu ini termasuk, gangguan di pusat membeli-belah serta bantahan di daerah Yen Long untuk meraikan ulang tahun lima tahun serangan di sebuah stesen keretapi, kumpulan bersenjata yang memukul penunjuk perasaan dan individu yang tidak bersalah. - Reuters

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X