X
Selasa, 31 Disember 2019 | 11:45am
KEM pelarian Cox’s Bazar. - Foto Reuters
KEM pelarian Cox’s Bazar. - Foto Reuters

Rohingya di Bangladesh berhadapan penyakit musim sejuk

DHAKA: Pegawai kesihatan memberi amaran mengenai krisis kesihatan musim sejuk dalam kalangan pelarian Rohingya yang tinggal dalam khemah di Bangladesh.

Cuaca sejuk yang melanda negara itu menambah kesengsaraan bagi ribuan kumpulan etnik itu yang berada dalam kem di at Cox’s Bazar, dengan kanak-kanak dan warga tua paling teruk terjejas.

“Ketika musim sejuk semakin mencengkam pelarian di kem, kami menyedari pertambahan pesakit radang paru-paru dan cirit-birit, dan kanak-kanak paling teruk terjejas dalam kedua-dua kes ini.

“Kami dalam langkah berjaga-jaga untuk memberikan rawatan terbaik kepada pelarian.

“Sebahagian hospital dan pusat kesihatan memberikan perkhidmatan sepanjang waktu kepada mereka,” kata pakar bedah sivil di Cox’s Bazar, Dr Abdul Matin.

Matin, pegawai kesihatan tertinggi sektor kerajaan di daerah itu, berkata doktor dan pegawai perubatan di Hospital Besar Ukhia, dalam keadaan bersiap sedia untuk memberikan sokongan penjagaan kesihatan maksimum kepada pesakit Rohingya.

Bagi mengelakkan penyakit taun daripada merebak dalam kalangan pelarian, kerajaan Bangladesh, dengan bantuan UNICEF, mengadakan program vaksin oral taun di 34 kem, dengan fasa pertama dijangka berakhir esok.

Matin menegaskan, dalam usaha melindungi kanak-kanak daripada radang paru-paru dan penyakit pernafasan lain, kerajaan juga perlu mengendalikan program imunisasi menentang jangkitan pernafasan teruk. — Agensi

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X