Selasa, 21 Januari 2020 | 6:37pm
Gambar yang diambil pada 13 Januari menunjukkan kakitangan Kawalan Penyakit Penyakit (CDC) Taiwan (kanan) menggunakan pengimbas terma untuk menyaring penumpang yang tiba dalam penerbangan dari wilayah Wuhan China, di mana virus seperti SARS ditemui dan sejak itu tersebar, di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan. - Foto AFP
Gambar yang diambil pada 13 Januari menunjukkan kakitangan Kawalan Penyakit Penyakit (CDC) Taiwan (kanan) menggunakan pengimbas terma untuk menyaring penumpang yang tiba dalam penerbangan dari wilayah Wuhan China, di mana virus seperti SARS ditemui dan sejak itu tersebar, di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan. - Foto AFP

China sahkan koronavirus merebak melalui manusia

BEIJING: China mengesahkan kewujudan penyebaran melalui manusia dalam penularan virus seperti SARS, serentak dengan peningkatan kes dan kematian keempat, kata pihak berkuasa hari ini.

Berita itu diterima ketika Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan bahawa mereka sedang menimbangkan untuk mengisytiharkan darurat kesihatan susulan penularan wabak yang semakin serius.

Koronavirus sudah merebak ke tiga negara Asia dan menjangkiti lebih 200 penduduk di China, sekali gus menimbulkan kebimbangan kerana memiliki genetik menyamai Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang meragut hampir 650 penduduk seluruh China dan Hong Kong pada 2002 - 2003.

Penemuan berkenaan dikesan susulan penggunaan besar-besaran pengangkutan awam oleh ratusan juta penduduk sempena menyambut perayaan Tahun Baharu Cina minggu ini.

Tapisan keselamatan turut dipertingkatkan, termasuk pengambilan suhu badan di lapangan terbang di Australia, Bangladesh, Hong Kong, Nepal. Singapura, Thailand, Taiwan dan Amerika Syarikat (AS), dengan keutamaan diberikan kepada penumpang dari Wuhan, lokasi utama wabak itu yang bermula dari sebuah pasar makanan laut.

Menurut pihak berkuasa Wuhan, seorang lelaki berusia 89 tahun adalah individu keempat yang meninggal dunia akibat virus berkenaan manakala 15 petugas kesihatan turut dijangkiti.

Kes kedua pula disahkan di Shanghai hari ini, manakala lima pesakit sudah disahkan positif di Beijing.

Virus terbabit turut tersebar di Jepun, Thailand dan Korea Selatan, dengan empat dimasukkan ke hospital selepas melawat Wuhan.

Seorang lelaki yang menunjukkan simptom penyakit selepas melawat Wuhan pula diletakkan dalam kuarantin di Australia, sementara menanti keputusan ujian kesihatan, kata pihak berkuasa negara itu hari ini. - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X