Rabu, 22 Januari 2020 | 8:49pm
Kes pertama koronavirus dikuarantin di hospital Queen Elizabeth.
Kes pertama koronavirus dikuarantin di hospital Queen Elizabeth.

Hong Kong sahkan kes pertama koronavirus

HONG KONG: Hong Kong mengesahkan kes pertama selsema baharu seperti koronavirus hari ini berikutan wabak yang melanda pusat bandar Wuhan, China, kata penyiar tempatan RTHK, Cabel TV dan TVB, memetik sumber yang tidak dinamakan.

  

Wabak yang bermula di Wuhan, telah merebak ke lebih banyak bandar raya China termasuk ibu kota Beijing, Shanghai dan Macau dan kes dilaporkan telah menular keluar sempadan negara, di Korea Selatan, Thailand dan Jepun.

  

Pesakit itu tiba di Hong Kong melalui keretapi berkelajuan tinggi dari tanah besar, dan telah dikuarantin di hospital Queen Elizabeth, kata laporan itu.

  

Pihak Berkuasa Hospital semalam meningkatkan pengawasan makmal untuk kes pneumonia, untuk memasukkan pesakit dengan sejarah perjalanan ke semua Tanah Besar China, bukan hanya Wuhan.

  

Hong Kong telah menggunakan peralatan pemeriksaan suhu di lapangan terbang dan stesen keretapi berkelajuan tinggi.

Penumpang udara perlu mengisi borang pengisytiharan kesihatan. - REUTERS

Berita Harian X