Sabtu, 25 Januari 2020 | 5:38pm
Carta yang menunjukkan kawasan yang berwarna merah tempat bermulanya wabak coronavirus dan sudah menular ke negara lain (yang berwarna putih). - NSTP/Mohd Fadli Hamzah
Carta yang menunjukkan kawasan yang berwarna merah tempat bermulanya wabak coronavirus dan sudah menular ke negara lain (yang berwarna putih). - NSTP/Mohd Fadli Hamzah

Australia sahkan kes coronavirus

SYDNEY: Australia sahkan empat kes coronavirus di negara itu, yang setakat ini mengorbankan 41 mangsa di China selain makin menular ke serata negara.

Seorang lelaki dikuarantin sejurus tiba di Melbourne minggu lalu dari Wuhan, China iaitu pusat di mana wabak berkenaan mula dikesan.

mangsa terbabit menghidap pneumonia tetapi dalam keadaan stabil manakala tiga lagi lelaki di Sydney, juga baru pulang dari China, disahkan positif bagi virus itu dan di kuarantin.

Ketua Kesihatan Negeri New South Wales (NSW), Kerry Chant, berkata kesemua mangsa itu berada dalam keadaan stabil.

“Pegawai kesihatan awam berjaya mengesan semua yang ada berhubungan dengan mangsa terbabit dalam penerbangan dari China itu dan tiada yang menunjukkan simptom penyakit itu,” katanya pada satu sidang media.

Menteri Kesihatan NSW, Brad Hazzard, memuji tiga mangsa terbabit kerana tampil berjumpa pegawai kesihatan apabila menyedari kewujudan simptom serangan coronavirus.

Sementara itu, pihak berkuasa di Queensland berkata lima individu yang disyaki menghidap coronavirus sebelum ini dibenarkan pulang selepas menjalani pemeriksaan.

Virus baharu yang dikenali sebagai 2019 Novel Coronavirus (2019-nCoV) dikatakan berpunca dari Pasar Makanan Laut Wuhan, di mana haiwan eksotik liar didagangkan secara terbuka.

Setakat ini, ia menjangkiti sekitar 1,300 orang di China dan merebak ke hampir 12 negara lain termasuk Perancis dan Amerika Syarikat (AS). - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X