Ahad, 26 Januari 2020 | 9:52am
Pengunjung menggunakan payung dan memakai topeng muka di Shanghai, China. - Foto REUTERS
Pengunjung menggunakan payung dan memakai topeng muka di Shanghai, China. - Foto REUTERS

Coronavirus: Mangsa pertama maut di Shanghai

SHANGHAI: Virus maut di China meragut satu nyawa di Shanghai, kata kerajaan tempatan hari ini, iaitu kematian pertama di hab kewangan negara itu.

Mangsa adalah seorang lelaki warga emas berusia 88 tahun yang sedia mengalami beberapa komplikasi kesihatan lain, kata kerajaan tempatan dalam satu kenyataan sambil menambah, sejumlah 40 kes sudah disahkan di bandaraya itu setakat ini.

Sementara itu, kerajaan mengesahkan terdapat 1,975 pesakit sudah dijangkiti coronavirus setakat semalam, dengan kadar kematian meningkat kepada 56 orang, lapor stesen penyiaran rasmi CCTV.

Virus berkenaan berasal dari bandar Wuhan di Hubei, akhir tahun lalu dan merebak ke bandar lain di China termasuk Beijing dan Shanghai serta beberapa negara luar, antaranya Amerika Syarikat, Thailand, Korea Selatan, Jepun, Australia, Perancis dan Kanada. - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X