Ahad, 26 Januari 2020 | 11:35am
Gambar fail, pengunjung menghadiri majlis ulangtahun pertama taman hiburan Disneyland d Shanghai pada Jun 2017. - Foto AFP

Disneyland ditutup elak virus coronavirus merebak

SHANGHAI: Taman hiburan Hong Kong yang popular di Disneyland dan Ocean Park ditutup bermula hari ini sehingga satu tarikh yang belum ditetapkan untuk membantu mencegah penyebaran coronavirus maut yang berlaku di bandar raya Wuhan, media negara CCTV melaporkan.

Kerajaan Shanghai pada Jumaat mengatakan Shanghai Disneyland akan ditutup sejak semalam.

China bercuti selama tujuh hari bermula Jumaat lalu sempena Tahun Baharu Cina yang selalunya taman hiburan itu dipenuhi pelancong.

China mengesahkan 1,975 kes pesakit yang dijangkiti dengan coronavirus baru, sehingga semalam, manakala angka kematian akibat virus itu meningkat kepada 56 orang.

Virus ini berasal dari bandar pusat Wuhan di Hubei akhir tahun lalu dan merebak ke bandar Cina termasuk Beijing dan Shanghai, serta Amerika Syarikat, Thailand, Korea Selatan, Jepun, Australia, Perancis dan Kanada. Reuters

Berita Harian X