Ahad, 26 Januari 2020 | 3:00pm
Virus coronavirus menjangkiti lebih 2,000 orang di serata dunia selain mengorbankan 56 mangsa di China. - Foto AFP
Virus coronavirus menjangkiti lebih 2,000 orang di serata dunia selain mengorbankan 56 mangsa di China. - Foto AFP

China haramkan jualan hidupan liar

BEIJING: China mengharamkan jualan hidupan liar di semua pasar, pasar raya, restoran dan dagangan dalam talian.

Kumpulan pemantau pasaran, Kementerian pertanian dan Biro Perhutanan negara itu, dalam satu kenyataan bersama, berkata langkah itu bagi mengekang penularan wabak coronavirus.

Semua premis yang membiakkan hidupan liar pula akan dikuarantin manakala pengangkutan hidupan liar diharamkan sama sekali bermula serta merta.

Virus menjangkiti lebih 2,000 orang di serata dunia selain mengorbankan 56 mangsa di China itu dikesan berpunca dari Pasar Makanan Laut Wuhan, di mana hidupan liar turut diperdagangkan secara haram. - Reuters

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X