Khamis, 30 Januari 2020 | 12:23am
Foto yang disediakan oleh News18 India menunjukkan orang ramai cuba menarik keluar sebuah bas yang jatuh ke dalam sebuah perigi selepas kemalangan di Nashik, India. - Foto AP

26 maut bas terhumban dalam perigi

MUMBAI: Seramai 26 orang terbunuh, manakala 32 lagi cedera apabila sebuah bas bertembung dengan sebuah beca bermotor dan terhumban dalam perigi.

Pegawai polis daerah Nashik, Suhas Deshmukh, berkata kemalangan itu berlaku di barat India dalam daerah Maharashtra.

“Kedua-dua kenderaan itu bertembung sebelum terhumban dalam perigi berhampiran tempat kemalangan,” katanya.

Beliau berkata, antara mangsa yang terkorban kanak-kanak berusia dua tahun.

Kemalangan itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri India, Narendra Modi yang memuat naik ciapan di akaun Twitter rasminya.

“Pada masa kesedihan ini, ingatan dan doa saya hanya kepada semua keluarga mangsa,” katanya. - REUTERS

Keadaan bas yang musnah setelah dikeluarkan dari perigi. - Foto AP

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X