Isnin, 3 Februari 2020 | 12:00pm
Foto menunjukkan hospital baharu Huoshenshan, yang bermaksud "Gunung Api-Tuhan", selepas diserahkan kepada tentera China di Wuhan di wilayah tengah Hubei China. - Foto AFP
Foto menunjukkan hospital baharu Huoshenshan, yang bermaksud "Gunung Api-Tuhan", selepas diserahkan kepada tentera China di Wuhan di wilayah tengah Hubei China. - Foto AFP

Hospital dibina dalam lapan hari mula terima pesakit

BEIJING: Hospital yang dibina dalam tempoh lapan hari untuk merawat pesakit coronavirus mula menerima pesakit hari ini, lapor media negara itu.

Hospital yang diberi nama Huoshenshan, atau "gunung api-tuhan" dilengkapi 1,000 katil.

Wabak coronavirus telah membunuh 361 orang dan menjangkiti lebih 17,000 di China dan sekurang-kurangnya 171 di luar negara.

Terdapat lebih 11,000 kes di wilayah Hubei, lapor televisyen tempatan.

Setiausaha Jawatankuasa Wilayah Hubei Parti Komunis China (CPC), Jiang Chaoliang memeriksa hospital baharu Hospital Huoshenshan, dibina dalam tempoh 8 hari, untuk merawat pesakit coronavirus, di Wuhan, wilayah Hubei, China. - Foto REUTERS

Projek pembinaan Huoshenshan ditiru daripada hospital yang dibina di Beijing pada 2003 yang dikhususkan untuk memerangi SARS, atau sindrom pernafasan akut yang teruk.

Lebih 7,500 pekerja mengambil bahagian dalam projek pembinaan pantas, yang bermula pada 25 Januari dan berakhir hujung minggu lalu.

China sedang membina hospital kedua di Wuhan yang dikhususkan untuk rawatan pesakit coronavirus, dengan 1,600 katil. Leishenshan, atau ‘thunder-god mountain’dijadualkan siap pada 5 Februari ini.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X