Rabu, 18 March 2020 | 11:20am
ORANG ramai memakai topeng muka ketika ditemui di Shanghai. - Foto Reuters
ORANG ramai memakai topeng muka ketika ditemui di Shanghai. - Foto Reuters

COVID-19: Kes import, atasi domestik di China

BEIJING: Masuk hari kelima berturut-turut kes import membabitkan wabak COVID-19, di China mengatasi kes domestik yang semakin berkurangan di negara itu.

Ia dikaitkan dengan aktiviti pelancongan membabitkan pelancong dari luar negara yang dijangkiti memandangkan kebanyakan mereka menggunakan perkhidmatan pengangkutan yang berpusat di Beijing, Shanghai, Guangzhou dan Shenzhen.

Mengikut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan negara itu, Tanah Besar China merekodkan 13 kes baharu jangkitan COVID-19, semalam yang menyaksikan penurunan daripada 21 kes pada hari sebelumnya.

Daripada jumlah kes baharu berkenaan, 12 daripadanya membabitkan pelancong yang tiba dari luar negara.

Bagaimanapun, gelombang COVID-19 membabitkan beberapa wilayah di China bagi kes import baharu menunjukkan penurunan antaranya di Beijing cuma tiga kes dilaporkan dengan penurunan daripada sembilan kes pada hari sebelumnya.

Manakala di Shanghai cuma terdapat tiga kes import baharu, iaitu angka sama dicatatkan bagi hari sebelumnya.

Menurut pihak berkuasa kesihatan, kes keseluruhan positif COVID-19 di tanah besar China setakat hari ini sebanyak 80,894 kes.

Manakala jumlah kematian sejak penularan wabak berkenaan direkodkan sebanyak 3,237 setakat semalam.

Dalam perkembangan lain, di wilayah Hubei iaitu lokasi bermulanya wabak COVID-19 di China, direkodkan terdapat 11 kematian baharu, sementara Wuhan pula mencatatkan 10 kematian. REUTERS.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X