Sabtu, 21 March 2020 | 8:31pm
Jurucakap Kementerian Kesihatan Iran, Kianoush Jahanpour.
Jurucakap Kementerian Kesihatan Iran, Kianoush Jahanpour.

COVID-19: Jumlah kematian di Iran meningkat kepada 1,556

TEHRAN: Seramai 123 rakyat lagi rakyat Iran meninggal dunia akibat COVID-19, menjadikan jumlah kematian kini meningkat kepada 1,556 iaitu antara negara paling terjejas teruk di dunia.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Kianoush Jahanpour, berkata lebih 966 kes sudah disahkan kurang daripada 24 jam yang lalu dan dianggarkan seramai 20,610 dijangkiti di Iran, namun sejumlah 7,635 sudah pulih daripada virus berkenaan.

Republik Islam itu adalah antara tiga negara yang terjejas teruk dengan jumlah kematian tertinggi selain Itali dan China.

Pihak berkuasa turut merayu setiap orang untuk mengelakkan semua perjalanan semasa cuti Tahun Baru Parsi, yang kebiasaannya memperlihatkan ramai orang berada di atas jalan raya, namun ramai yang tidak mengendahkannya.

Menurut Bulan Sabit Merah Iran, sekurang-kurangnya tiga juta sudah meninggalkan 13 wilayah yang dijangkiti COVID-19 sejak 17 Mac lalu.

Jahanpour berkata, hanya segelintir yang tidak mengikut garis panduan diberikan dan memberi amaran wilayah yang popular dengan kedatangan pelancong tidak akan mengalu-alukan pelawat sempena percutian Nowruz.

Malah, sesetengah hotel dan penginapan lain turut diarahkan tutup. Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei dan Presidennya, Hassan Rouhani berjanji untuk menangani krisis itu. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X