Jumaat, 27 March 2020 | 9:38am
Tanah besar China merekodkan kes jangkitan COVID-19 tempatan pertama dalam tempoh tiga hari. - Foto Reuters
Tanah besar China merekodkan kes jangkitan COVID-19 tempatan pertama dalam tempoh tiga hari. - Foto Reuters

COVID-19: Kes tempatan pertama dalam tempoh 3 hari di tanah besar China

BEIJING: Tanah besar China merekodkan kes jangkitan COVID-19 tempatan pertama dalam tempoh tiga hari ketika kes membabitkan pelancong luar negara terus mendominasi kes baharu.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China pada Jumaat mengatakan bahawa 55 kes coronavirus baharu dilaporkan di tanah besar pada Khamis, dengan semua kecuali satu kes membabitkan kes import. Terdapat 67 kes baharu sehari sebelumnya.

Kes jangkitan tempatan itu dilaporkan di wilayah Zhejiang Jumlah jangkitan untuk tanah besar China kini berada pada 81,340 kes dengan angka kematian meningkat kepada 3,292 kes. - Reuters

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X