Khamis, 2 April 2020 | 11:45pm
Sebuah bandar di Jeddah yang lengang selepas perintah berkurung dilaksanakan hari ini. - Foto AFP
Sebuah bandar di Jeddah yang lengang selepas perintah berkurung dilaksanakan hari ini. - Foto AFP

Arab Saudi kuat kuasa perintah berkurung 24 jam bermula hari ini

RIYADH: Kerajaan Arab Saudi menguatkuasakan perintah berkurung 24 jam serta-merta hari ini, di kota suci Makkah dan Madinah dalam usaha membasmi penularan COVID-19.

Sementara itu, di negeri lain menutup sempadan daerahnya daripada dimasuki pekerja asing secara besar-besaran.

Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi, berkata pengecualian itu termasuk ke atas pekerja sektor penting dan hanya membenarkan rakyatnya keluar membeli makanan dan ubat-ubatan dengan setiap kenderaan hanya membenarkan pemandunya saja.

Arab Saudi merekodkan 1,885 jangkitan dan 21 kematian itu dengan kebanyakan mereka daripada enam anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

Sebelum ini, Arab Saudi sudah mengenakan larangan penerbangan antarabangsa, menggantung umrah dan ziarah, menutup tempat awam dan menguatkuasa sepenuhnya larangan pergerakan dalam negeri.

Wilayah timur pengeluar minyak Qatif, di mana kes COVID-19 yang pertama dilaporkan turut mengenakan sekatan jemaah umrah yang pulang dari Iran, dikenakan perintah berkurung hampir empat minggu.

Pintu masuk dan keluar ke Riyadh, Makkah, Madinah dan Jeddah adalah dihadkan. Hampir kebanyakan penduduk Makkah dan Madinah dikenakan perintah berkurung tetapi di sesetengah bandar penutupannya hanya antara jam 3 petang hingga 6 pagi.

Di negara Teluk Arab lain, perintah berkurung dikenakan kepada kawasan yang mempunyai ramai pekerja asing.

Menteri Kesihatan Kuwait, berkata pihak berkuasa sedang mempertimbangkan untuk menutup sesetengah kawasan selepas semalam.

Qatar mengumumkan perintah berkurung ke kawasan industri dan Oman pula melaksanakan perintah menutup Muttrah, bandar kesultanan tertua di pasaran mengumumkan lewat pada Rabu, ia memperluaskan kekacauan di kawasan perindustrian dan Oman menutup Muttrah, pasar tempatan di daerah itu.

Selasa lalu, Dubai di Emiriah Arab Bersatu menutup Al Ras kawasan yang terkenal dengan emas dan rempah ratus, di mana ramai pekerja asing tinggal.

Berjuta pekerja asing yang kebanyakannya dari Asia seperti Nepal, India dan Filipina, di mana ramai ekspatriat di enam negara Teluk itu, dengan peningkatan penyakit lebih 4,7000 orang dengan 36 kematian.

Kementerian Kesihatan Bahrain melaporkan 66 kes positif setakat ini, dengan semua kes dikesan di zon industri Salmabad.

“Pekerja asing dikuarantinkan di kediaman mereka dan semalam mereka dibawa ke pusat kuarantin supaya tiada rantaian jangkitan baharu,” katanya.

Menteri Kesihatan Oman berkata, daerah komersil pesisir pantai Muttrah diletakkan di bawah perintah berkurung berikutan penemuan kes jangkitan dalam kalangan penduduknya.

“Keputusan ini bukan mudah tetapi ia untuk kebaikan kepada semua, kata kenyataan media.

Semalam, Arab Saudi membenarkan pekerja asing untuk kembali ke negaranya, meskipun penerbangan antarabangsa disekat. - Agensi

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X