Khamis, 9 April 2020 | 8:03pm
Hospital Pakar King Faisal di Jeddah. - Foto nurseupdates
Hospital Pakar King Faisal di Jeddah. - Foto nurseupdates

COVID-19: Ratusan keluarga diraja Arab Saudi dikhuatiri dijangkiti

NEW YORK: Putera Arab Saudi yang menjadi gabenor Riyadh dilaporkan menjalani rawatan intensif kerana dijangkiti COVID-19, selain beberapa orang ahli keluarga diraja turut berada dalam keadaan tidak sihat.

The New York Times melaporkan, malah, doktor di sebuah hospital elit yang merawat ahli keluarga al-Saud turut dikatakan sedang menyediakan hampir 500 katil untuk kemasukan ahli keluarga diraja serta kontak rapat yang tidak dijangka, menurut sumber dalaman diraja.

"Arahan diterima ialah supaya bersedia untuk menerima semua VIP daripada seluruh negara," menurut pengendali kemudahan elit, Hospital Pakar King Faisal, yang ditulis dan dihantar secara elektronik kepada semua doktor, pada Selasa lalu.

Satu salinan diperoleh oleh The New York Times menyatakan ‘Kita tidak tahu berapa banyak kes, tapi kita akan bersedia’, menurut apa yang tertulis pada mesej, dengan arahan semua pesakit tidak kronik dikeluarkan segera, hanya kes tertinggi saja diterima.

Ini menjelaskan bahawa kakitangan yang sakit hanya akan dirawat di hospital lain selain hospital elit yang hanya disediakan untuk golongan diraja.

Lebih daripada enam minggu selepas Arab Saudi melaporkan kes pertamanya, COVID-19 kini mengejutkan apabila menyerang keluarga diraja.

Dikatakan seramai 150 keluarga diraja dipercayai kontak rapat dengan virus berkenaan, menurut seseorang yang rapat dengan keluarga diraja. - The New York Times

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X