Sabtu, 11 April 2020 | 8:00pm
- Foto hiasan
- Foto hiasan

COVID-19: 125 kematian di Iran hari ini

TEHRAN: Iran hari ini melaporkan 125 kematian baharu akibat COVID-19, sekaligus jumlah keseluruhan menokok kepada 4,357 kes, menjadikan negara itu paling teruk terjejas di Asia Barat.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Kianoush Jahanpour, dalam sidang media berkata, sebanyak 1,837 kes jangkitan baharu disahkan dalam tempoh 24 jam lalu, sehingga menjadikan jumlah keseluruhan 70,029 kes.

Beliau berkata, setakat ini, Iran menjalankan 251,703 ujian saringan wabak itu.

Bagi kes pulih dan dibenarkan keluar wad, sebanyak 41,947 kes direkodkan, manakala 3,987 kes dalam keadaan kritikal.

Bersandarkan perkembangan semasa di negara itu, Iran membuka semula perniagaan yang membabitkan risiko rendah sebagai langkah negara itu mengimbangi kesan yang menjejaskan ekonominya, sejak kes pertama COVID-19 pada 19 Februari lalu.

Terdapat juga spekulasi di negara luar mempersoalkan angka sebenar kematian dan jangkitan Iran yang jauh lebih tinggi.

Berikutan krisis kesihatan yang berlaku, Iran menutup sekolah dan universiti termasuk panggung wayang, stadium dan masjid.

Negara itu turut memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak daripada membuat perjalanan pada musim cuti sempena Sambutan Tahun Baharu Parsi yang berakhir minggu lalu. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X