Ahad, 12 April 2020 | 1:50pm
FOTO NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
FOTO NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

COVID-19: 6 doktor digantung tugas di Bangladesh

DHAKA: Enam doktor di Bangladesh digantung tugas kerana didakwa enggan merawat pesakit COVID-19 serta tidak hadir bertugas tanpa sebarang notis awal, lapor agensi berita Anadolu.

Direktorat Perkhidmatan Kesihatan berkata, doktor dari Kuwait-Bangladesh Friendship Hospital itu digantung tugas, semalam, mengikut Peraturan Perkhidmatan Kerajaan dan Kementerian Kesihatan akan mengambil tindakan lanjut terhadap mereka.

Perdana Menteri, Sheikh Hasina, tidak berpuas hati dengan perkara berkenaan dan mengarahkan mereka dikenakan tindakan tegas jika benar ada bukti menunjukkan ‘kelalaian’ dalam melaksanakan tugas.

Menurut laporan, terdapat kekurangan peralatan perlindungan diri (PPE) untuk kakitangan penjagaan kesihatan dan petugas yang menjalankan ujian saringan COVID-19.

Enam pakar perubatan itu dikatakan telah diberi PPE, manakala kerajaan pula mendakwa peralatan mencukupi untuk petugas kesihatan.

Setakat semalam, Bangladesh mencatatkan 30 kematian dan 482 kes jangkitan COVID-19. – BERNAMA

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X