Ahad, 10 Mei 2020 | 10:58am
Gambar hiasan
Gambar hiasan

Lelaki Perancis tumbuk jerung, selamatkan diri di Australia

SYDNEY: Seorang rakyat Perancis cedera ringan di kaki dan terselamat daripada serangan jerung di Australia, selepas menumbuk haiwan itu dua kali, menurut media tempatan.

Nine News melaporkan, Dylan Nacass, 23, sedang melakukan aktiviti luncur air di Pantai Bells, yang terletak kira-kira 1.5 jam perjalanan dari Melbourne ketika diserang jerung pada Jumaat lalu.

Rakaman video menunjukkan jerung berkenaan mengekori belakang dua lelaki yang sedang menyelamatkan diri.

Nacass memberitahu Nine News, jerung berkenaan menggigit kakinya sehingga dia menumbuk dua kali barulah mamalia ganas itu melepaskan gigitan.

"Tumbukan yang pertama jerung berkenaan masih belum mahu melepaskan..tumbukan kali kedua baru haiwan itu pergi," katanya.

Kejadian itu dirakam oleh lelaki, Graham Blade, yang membuat rakaman daripada pantai itu yang terkenal di kalangan peminat luncur air.

Australia adalah antara negara paling banyak berlaku serangan jerung terhadap manusia tetapi jumlah yang membabitkan kematian adalah jarang berlaku.

Nacass bagaimanapun berkata, kejadian itu tidak akan melemahkan semangatnya untuk terus meluncur di pantai berkenaan apabila luka di kakinya sembuh. - AFP

Berita Harian X