X
Sabtu, 23 Mei 2020 | 3:55pm
Seorang lelaki bersama anaknya mengambil kesempatan membeli belah di New Delhi berikutan kelonggaran diberikan kerajaan sempena sambutan Aidilfitri. India hari ini mencatatkan kematian harian tertinggi akibat COVID-19. - Foto AFP
Seorang lelaki bersama anaknya mengambil kesempatan membeli belah di New Delhi berikutan kelonggaran diberikan kerajaan sempena sambutan Aidilfitri. India hari ini mencatatkan kematian harian tertinggi akibat COVID-19. - Foto AFP

India rekod kematian harian tertinggi COVID-19

NEW DELHI: Kementerian Kesihatan Persekutuan India hari ini melaporkan 137 kematian baharu dan 6,654 kes positif COVID-19 dalam tempoh 24 jam.

Ini menjadikan kes kematian meningkat kepada 3,720 orang dan jumlah keseluruhan mangsa COVID-19 di negara itu bertambah kepada 125,101 kes.

Ia adalah angka tertinggi bagi kes kematian harian akibat COVID-19 di negara itu, di mana pagi semalam, kes COVID-19 di negara itu adalah sebanyak 118,447 jangkitan selain 3,583 kematian.

Menurut jurucakap rasmi kementerian, seramai 51,784 pesakit dibenarkan keluar dari hospital selepas dilaporkan mula beransur pulih.

"Jumlah yang aktif COVID-19 setakat ini adalah sebanyak 69,597 kes," menurut data yang dikeluarkan itu.

Pada hari ini, genap 60 hari perintah berkurung dikuatkuasa di India bagi menangani penularan pandemik itu.

Perintah berkurung yang diumumkan pada 25 Mac itu sekali lagi dilanjutkan minggu lalu sehingga 31 Mei ini. - AGENSI

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X