Sabtu, 30 Mei 2020 | 11:34pm
Tentera berada di lokasi rakyat Palestin yang ditembak mati oleh polis Israel di Baitulmaqdis. - Foto AFP
Tentera berada di lokasi rakyat Palestin yang ditembak mati oleh polis Israel di Baitulmaqdis. - Foto AFP

Polis Israel tersilap tembak

BAITULMAQDIS: Polis Israel menembak mati seorang rakyat Palestin di wilayah yang dirampas timur Baitulmaqdis kerana disangka memiliki pistol.

Kejadian di lorong Kota Lama dekat Lion's Gate yang biasa digunakan oleh rakyat Palestin itu menimbulkan kecaman banyak pihak.

"Polis yang meronda melihat suspek dengan objek yang kelihatan seperti pistol," kata kenyataan polis Israel.

Katanya, suspek tidak berhenti selepas diarahkan dan polis berlari mengejarnya sebelum menembak mati.

"Tiada senjata ditemui di tempat kejadian," katanya. - AFP

Berita Harian X