Isnin, 1 Jun 2020 | 8:23pm
 Penunjuk perasaan New Zealand berarak sambil melaungkan 'tidak ada keadilan, tidak ada kedamaian' dan 'kehidupan orang berkulit hitam penting'. Foto AFP
Penunjuk perasaan New Zealand berarak sambil melaungkan 'tidak ada keadilan, tidak ada kedamaian' dan 'kehidupan orang berkulit hitam penting'. Foto AFP

Ribuan penunjuk perasaan turun ke jalanan di New Zealand

WELLINGTON: Protes dan tunjuk perasaan susulan kematian lelaki kulit hitam, George Floyd, yang merebak di seluruh Amerika Syarikat (AS) turut dikongsi masyarakat dunia apabila ribuan penunjuk perasaan berarak di New Zealand.ke

Bagaimanapun, perarakan berlangsung dalam keadaan aman berbanding keganasan yang tercetus di AS akibat kematian Floyd ketika dalam dalam tahanan polis.

Di Auckland, kira-kira 2,000 orang berarak ke Konsulat AS sambil melaungkan 'tidak ada keadilan, tidak ada kedamaian' dan 'kehidupan orang berkulit hitam penting'.

Lagi 500 orang berhimpun di Christchurch dan lebih ramai lagi dijangka menyertai perhimpunan menyalakan lilin di luar bangunan Parlimen di Wellington.

Pemuzik Nigeria-New Zealand, Mazbou Q, yang menganjurkan protes itu, berkata perhimpunan terbabit bukan semata-mata kerana Floyd.

"Penganiayaan berterusan terhadap masyarakat kulit hitam sudah menjadi fenomena. Ketuanan kulit putih yang menyebabkan pembunuhan orang kulit hitam di AS juga wujud di sini, di New Zealand.

"Kami bangga menjadi bangsa yang cinta, empati dan baik hati. Namun sikap berdiam diri kerajaan dan media sama sekali tidak mencerminkan hal itu. Itu yang menyebabkan kami terbabit dalam perkara ini," katanya ketika berucap di hadapan peserta demonstrasi berkenaan.

Di Christchurch, insiden pembunuhan 51 orang oleh individu yang menyanjung ketuanan kulit putih tahun lalu, seorang daripada jurucakap perhimpunan itu, Josephine Varghese, berkata: "Kami menuntut keadilan dalam perkauman dan ekonomi. Hidup orang berkulit hitam penting, orang asal penting dan orang Islam juga penting." - AFP

Berita Harian X