Rabu, 1 Julai 2020 | 6:55pm
Seorang lelaki menjalani ujian swab ketika ujian besaran-besaran COVID-19 di Beijing. Foto AFP
Seorang lelaki menjalani ujian swab ketika ujian besaran-besaran COVID-19 di Beijing. Foto AFP

Beijing tamatkan perintah berkurung di beberapa kawasan

BEIJING: Beijing menamatkan beberapa perintah berkurung selepas hanya tiga kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini dan dapat dikawal di bandar itu, sejak penularan terbaru pandemik itu baru-baru ini.

Sebelum ini, berpuluh kawasan penduduk di ibu negara China itu terpaksa ditutup dan ujian besar-besaran dilakukan selepas beratus jangkitan berlaku, namun lima kawasan penduduk yang tiada jangkitan baharu dibebaskan dari perintah berkurung.

Sebilangan besar kes jangkitan itu dikaitkan dengan pasar Xinfadi yang membekalkan kira-kira 80 peratus produk dan daging segar Beijing, mencetuskan kebimbangan mengenai keselamatan makanan.

Biarpun sebilangan kawasan sudah bebas dari sekatan, pakar kawalan tetap akan melaksanakan 'pengurusan tertutup dengan ketat', dengan bukan penduduk tetap tidak dibenarkan memasuki kawasan itu.

Komuniti di situ juga diberikan pas masuk untuk penduduk.

China sebelum ini berjaya mengawal penyebaran COVID-19 sebelum kluster baharu Beijing dikenalpasti.

Kerajaan China turut mengenakan sekatan ketat terhadap hampir setengah juta orang di wilayah jiran, Hebei bagi mengawal kluster baharu itu dari merebak, dengan menerapkan langkah-langkah ketat yang sama seperti dikenakan pada waktu puncak wabak itu di pusat bandar Wuhan awal tahun ini.

Bagaimanapun, ketua pakar epidemiologi di Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit China, Wu Zunyou, bulan lalu berkata, wabak baharu itu berjaya dikawal. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X