Ahad, 12 Julai 2020 | 6:13am
MEGASTAR veteran Bollywood, Amitabh Bachchan disahkan positif COVID-19. - Foto AFP
MEGASTAR veteran Bollywood, Amitabh Bachchan disahkan positif COVID-19. - Foto AFP

COVID-19: Amitabh Bachchan dan anak lelaki positif

MUMBAI: Megastar veteran Bollywood, Amitabh Bachchan, 77 dan anak lelakinya, Abhishek, 44, disahkan positif COVID-19 dan dimasukkan ke hospital, di kampung halamannya di Mumbai, semalam.

Beliau turut memaklumkan dalam ciapan di Twitternya, meminta orang yang ada kontak rapat dengannya supaya membuat ujian saringan.

"Saya positif COVID-19... dipindahkan ke hospital," kata Bachchan yang juga mengesahkan keluarga dan kakitangannya sudah menjalani ujian serta sedang menunggu keputusannya.

"Semua yang berada dekat dengan saya dalam 10 hari lalu diminta membuat ujian," tambah beliau.

Abishek, dalam paparan di media sosial semalam, berkata beliau dan bapanya menerima rawatan di Hospital Super Speciality Nanavati, Mumbai.

"Terdahulu, hari ini (semalam) bapa dan saya disahkan positif COVID. Kedua-dua kami mengalami gejala ringan dan kini dimasukkan ke hospital.

"Kami diberitahu semua pihak berkenaan, keluarga dan kakitangan kami sedang menjalani ujian. Saya minta semuanya untuk kekal tenang dan tidak panik," katanya.

Sementara itu, isteri Abishek, yang juga pelakon Bollywood terkenal dan bekas ratu cantik dunia, Aishwarya Rai, dan anak perempuannya, Aaradhya, 8, turut disahkan positif COVID-19.

MEGASTAR veteran Bollywood, Amitabh Bachchan (kanan) bersama anaknya, Abhishek. - Foto AFP
MEGASTAR veteran Bollywood, Amitabh Bachchan (kanan) bersama anaknya, Abhishek. - Foto AFP

Perkara itu dimaklumkan pegawai Perbadanan Perbandaran Brihanmumbai yang enggan dikenali.

Dalam pada itu, laman sosial Amitabh dan Abhishek dibanjiri dengan ucapan oleh selebriti dan ahli politik India supaya mereka cepat sembuh. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X