Khamis, 27 Julai 2017 | 1:56am
Rihanna (kanan) bersama isteri Presiden Perancis

Rihanna bertemu Macron bincang aktiviti amal

PARIS: Penyanyi terkenal, Rihanna bertemu Presiden Perancis, Emmanuel Macron hari ini bagi membincangkan beberapa aktiviti amal dalam aspek penjagaan kesihatan dan pendidikan.

Penyanyi kelahiran Barbados yang terkenal dengan lagu hit 'Diamond' itu menubuhkan Yayasan Clara Lionel pada 2012, sebuah pertubuhan tidak berasaskan keuntungan, khusus mempromosikan projek pemberian biasiswa di seluruh dunia.

"Perbincangan kami menumpukan kepada aspek pendidikan pada peringkat global dan satu pengumuman penting akan dibuat September nanti," katanya kepada media di luar istana Elysee di sini.

Rihanna yang mempunyai pengikut melebihi 75 juta orang di akaun Twitternya baru-baru ini menggunakan media sosial itu untuk mendekati beberapa pemimpin terkemuka dunia, termasuk Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dan Presiden Argentina, Mauricio Macri bagi mengadakan perbincangan berhubung isu pendidikan. - Reuters

Berita Harian X