Ahad, 27 Ogos 2017 | 7:45am
 POLIS berkawal di kawasan serangan militan daesh. - Foto EPA
POLIS berkawal di kawasan serangan militan daesh. - Foto EPA

Daesh serang Brussels

BRUSSELS: Kumpulan militan Daesh mendakwa melakukan serangan pisau ke atas askar peronda di ibu kota Belgium, beberapa jam sebelum penyerang bersenjatakan pedang mencederakan polis di luar Istana Buckingham di London.

Penyerang di Brussels, mencederakan seorang anggota tentera kelmarin dan dia mati ditembak pihak berkuasa.

Di London, polis berjaya berjaya menahan lelaki yang mencederakan tiga pegawai tidak bersenjata di luar kediaman diraja itu.

Penyerang lelaki berusia 26 tahun itu menggunakan pedang sepanjang 1.2 meter.

Lelaki itu kini ditahan mengikut Akta Keganasan, yang membolehkan penahanan tanpa dakwaan selama 14 hari.

Kedua-dua serangan dilakukan ketika Eropah dalam keadaan amat berjaga-jaga susulan serangan maut sejak dua tahun lalu, kebanyakannya didakwa dilancarkan Daesh.

Minggu lalu, Sepanyol digegarkan dengan dua kes rempuhan kereta yang menyebabkan 15 maut, manakala dua lagi terbunuh ditikam di Finland. - AFP

Berita Harian X