Khamis, 19 Oktober 2017 | 8:33am
THERESA May.- Foto AFP
THERESA May.- Foto AFP

May janji lindungi hak penduduk EU

BRUSSELS: Perdana Menteri Britain, Theresa May, berjanji memudahkan penduduk blok Kesatuan Eropah (EU) di Britain kekal di negara itu selepas proses Brexit, dalam usaha memecahkan kebuntuan rundingan yang menggesanya berundur.

Dilihat semakin lemah selepas Parti Konservatif pimpinannya hilang majoriti pada pilihan raya Jun lalu , May awalnya berharap memperoleh sokongan dengan memujuk pemimpin EU pada persidangan dua hari bermula hari ini untuk menggerakkan rundingan Brexit.

Bagaimanapun, ia dibantah pemimpin EU yang berkata London perlu membayar lebih sebagai sebahagian penyelesaian pengunduran berbanding apa yang dikatakan May sebagai boleh diterima.

Justeru, May cuba mengubah fokus dengan menawarkan lebih banyak perjanjian kepada penduduk EU yang semakin bimbang dengan hak mereka di Britain selepas meninggalkan blok itu.

Dalam rayuan secara langsung kepada 100,000 warga EU yang mahukan kemas kini mengenai hak penduduk, May berkata: "Kami menyentuh jarak perjanjian melindungi hak kira-kira tiga juta penduduk dari negara EU di Eropah.

"Penduduk EU yang menetap di United Kingdom memberi sumbangan besar kepada negara kami. Kami mahu mereka dan keluarga terus menetap di sini.

"Penduduk EU yang menetap secara sah di Britain hari ini boleh terus kekal." - Reuters

Berita Harian X