Jumaat, 27 April 2018 | 10:48pm

Russia gagalkan rancangan serangan Daesh di Moscow

MOSCOW: Perkhidmatan keselamatan dalam negeri Russia hari ini memaklumkan berjaya menggagalkan rancangan kumpulan Daesh untuk melakukan beberapa serangan berprofil tinggi di sekitar Moscow yang menjadi lokasi perlawanan Piala Dunia bakal dianjurkan pada musim panas akan datang.

Perkhidmatan keselamatan FSB berkata, ia berjaya membendung aktiviti empat lelaki yang disyaki militan senyap Daesh di negara itu. Katanya, suspek didapati menerima arahan daripada seseorang di Syria menerusi perkhidmatan mesej Telegram.

Bagaimanapun, agensi itu tidak menyatakan lokasi serangan yang dirancang atau sasaran tertentu mereka.

Russia adalah penganjur kejohanan Piala Dunia mulai 14 Jun hingga 15 Julai depan dan sedang giat meningkatkan langkah keselamatan selain membantu kerajaan Syria memerangi militan pemberontak. - Reuters

Berita Harian X