Ahad, 10 Jun 2018 | 12:18am
PUTERA Harry dan Meghan tiba dengan menaiki kereta kuda sebagai sebahagian daripada acara sambil disaksikan orang ramai. - Foto EPA
PUTERA Harry dan Meghan tiba dengan menaiki kereta kuda sebagai sebahagian daripada acara sambil disaksikan orang ramai. - Foto EPA

Harry, Meghan hadir acara rasmi kali pertama

LONDON: Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle yang dikenali Duke dan Duchess Sussex menghadiri majlis Trooping of the Colour semalam, kali pertama pasangan itu menghadiri sambutan hari kelahiran Ratu secara bersama.

Kira-kira 1,000 anggota tentera berarak ke House Guards Parade di Whitehall, tengah London sebagai sebahagian sambutan tahun kelahiran ke-92, Ratu Elizabeth.

Pasangan pengantin baharu itu tiba dengan menaiki kereta kuda sebagai sebahagian daripada acara sambil disaksikan orang ramai.

Acara itu turut dihadiri individu kanan diraja termasuk Ratu, Putera Charles serta Duke dan Duchess of Cambridge.

Bagaimanapun, suami Ratu, Putera Philip tidak menyertai acara itu selepas bersara daripada kehidupan rasmi, tahun lalu.

Semalam, Meghan kelihatan memakai pakaian merah jambu pucat dengan topi yang sepadan, sementara Harry memakai seragam tentera.

Penampilan mereka secara bersama berlaku susulan spekulasi media bahawa pasangan itu mungkin pergi berbulan madu, namun pejabat Harry, Istana Kensington tidak mengesahkan percutian itu. - REUTERS.

Berita Harian X