Isnin, 25 Jun 2018 | 3:14pm

Gempa bumi 5.5 magnitud landa selatan Greece

ATHENS: Gempa bumi dengan kekuatan 5.5 magnitud menggegarkan pantai di selatan Greece hari ini, namun tiada laporan kerosakan mahupun kecederaan diterima setakat ini.

Gegaran berlaku pada kedalaman 30 kilometer, kira-kira 70 kilometer di barat daya bandar Kalamata, lapor Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Pusat gempa itu dikesan di laut berhampiran bandar Pylos.

"Pada mulanya gegaran agak lama menyebabkan kami bimbang, tetapi kini ia kembali reda sepenuhnya," kata Datuk Bandar Pylos, Dimitris Kafantaris, kepada Antena TV.

Greece terletak di garis gelinciran dan kerap dilanda gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, namun jarang mencatat angka korban.

Namun pada Julai lalu, gempa bumi sekuat 6.7 magnitud mengorbankan dua orang dan mencederakan berpuluh yang lain di pulau pelancongan Kos. - AFP

Berita Harian X