Jumaat, 6 Julai 2018 | 7:43pm
JEAN-Louis Tauran. - Foto AFP

Tokoh pulihkan hubungan Katolik, Islam meninggal dunia

VATICAN CITY: Paderi besar Perancis dan bekas Menteri Luar Vatican, Jean-Louis Tauran, yang membantu memulihkan hubungan antara Gereja Roman Katolik dan dunia Islam, meninggal dunia pada usia 75 tahun, kata Vatican hari ini.

Tauran berkhidmat sebagai Menteri Luar Vatican dari 1991 hingga 2003 dan pada 2007, beliau diberi tanggungjawab memantau hubungan gereja dengan agama lain, termasuk Islam.

Tauran juga ialah tokoh yang mengumumkan kepada dunia dari balkoni berhadapan Dataran St Peter bahawa Francis dilantik sebagai pope pada 13 Mac 2013.

Beliau menghidap penyakit Parkinson's selama beberapa tahun dan meninggal dunia di Amerika Syarikat semalam.

Walaupun sakit, Tauran kekal sebagai ketua Majlis Paderi bagi Dialog Antara Agama sehingga akhir.

April lalu, beliau bertemu Raja Salman di Riyadh dalam lawatan pertama ke negara itu oleh pegawai kanan Katolik.

Tauran dihormati di dunia Islam, kerana membantu merawat luka disebabkan ucapan Pope Benedict pada September 2006 yang mengaitkan Islam dan keganasan. - Reuters

Berita Harian X