Selasa, 10 Julai 2018 | 9:39pm
BORIS Johnson. - Foto AFP
BORIS Johnson. - Foto AFP

Setiausaha Luar Britain letak jawatan isu Brexit

LONDON: Setiausaha Luar Britain, Boris Johnson, meletak jawatan semalam yang menjadi tamparan kepada Perdana Menteri, Theresa May, beberapa jam selepas seorang lagi menterinya berbuat demikian berhubung rancangannya meninggalkan blok Kesatuan Eropah (EU).

"Tengah hari ini, Perdana Menteri menerima peletakan jawatan Boris Johnson sebagai Setiausaha Luar," kata pejabat May, Downing Street, dalam kenyataan.

Beliau digantikan dengan bekas Menteri Kesihatan, Jeremy Hunt, 51, yang menyokong Britain kekal dalam EU pada pungutan suara 2016.

Secara peribadi, Johnson dilaporkan mengkritik rancangan May untuk mengekalkan hubungan ekonomi kukuh dengan EU selepas Brexit, merujuk pelan itu sebagai 'membersihkan najis'. - AFP

Berita Harian X