Rabu, 18 Julai 2018 | 3:01pm
PERDANA Menteri Britain, Theresa May. - Foto Reuters

May ancam adakan pilihan raya awal

LONDON: Perdana Menteri Britain, Theresa May, mengancam ahli perundangan Parti Konservatif pimpinannya untuk mengadakan pilihan raya musim panas ini jika mereka membantah rancangan Brexit mengenai kastam, lapor akhbar The Times.

Dalam salah satu tempoh paling genting dalam sejarah politik Britain, ada empat pilihan raya besar diadakan sejak empat tahun lalu: pungutan suara kemerdekaan Scotland pada 2014, pilihan raya umum United Kingdom 2015, pungutan suara Brexit 2016 dan pilihan raya awal tahun lalu.

The Times melaporkan, golongan Whip Konservatif, yang menguat kuasakan disiplin dalam parti, mengeluarkan amaran itu kepada ahli perundangan pro-Kesatuan Eropah (EU), diketua bekas menteri, Stephen Hammond dan Nicky Morgan, beberapa minit sebelum undian penting dibuat semalam mengenai kastam.

May menang tipis dalam Parlimen di tangan ahli perundangan pro-EU dalam partinya dalam undian itu.

Parlimen mengundi menyokong 307 berbanding 301 untuk meminda peraturan perdagangan yang memerlukan kerajaan cuba merundingkan perjanjian kesatuan kastam dengan EU, jika, menjelang 21 Januari 2019, ia gagal berbincang perjanjian perdagangan bebas dengan blok itu. - Reuters

Berita Harian X