Selasa, 2 Oktober 2018 | 10:11am
- Foto BigStock

Penderaan tinggalkan 'parut' dalam DNA manusia - Penyelidik

PARIS: Kanak-kanak yang pernah didera dikatakan menyimpan kesan trauma fizikal dalam sel mereka, kata saintis dalam kaji selidik yang dipercayai dapat membantu siasatan terhadap sejarah penindasan.

Dokumentasi itu juga menunjukkan sama ada trauma boleh diwarisi dari satu generasi ke satu generasi seperti yang sudah dihipotesiskan.

Pasukan penyelidik dari Univertisi British Columbia menguji sel sperma 34 lelaki dewasa, yang didapati ada antara mereka pernah menjadi mangsa penderaan ketika kanak-kanak.

Mereka mendapati kesan trauma dapat dikesan di 12 kawasan dalam asid Deoxyribonucleic (DNA) semua lelaki terbabit yang pernah mengalami pelbagai tahap penderaan emosi, fizikal atau seksual.

Sehubungan itu, saintis yakin perubahan yang dikenali sebagai metilasi, boleh dimanfaatkan penyiasat atau mahkamah satu hari nanti untuk membantu siasatan dakwaan penderaan kanak-kanak.

“Sekiranya kita memikirkan gen seperti cahaya lampu, metilasi DNA adalah seperti pengawal suis yang mengawal tahap kekuatan cahaya - yang seterusnya dapat mempengaruhi fungsi sel,’ kata calon PhD di Jabatan Genetik Universiti Perubatan, Nicole Gladish kepada AFP.

Katanya, maklumat itu berpotensi memberikan maklumat tambahan bagaimana penderaan kanak-kanak mempengaruhi kesihatan fizikal dan mental jangka panjang.

Penyelidikan ini adalah salah satu daripada percubaan yang semakin meningkat untuk melihat gen yang ‘hidup dan malap’ ketika proses perkembangan manusia pada tahap yang berlainan, bidang kajian yang dikenali sebagai epigenetik. - AFP

Berita Harian X