Jumaat, 25 Januari 2019 | 12:00am
Ruang khas bagi mengenang Emiliano Sala, di pusat latihan di La Joneliere, Nantes, Perancis. - Foto EPA

Usaha mencari Emiliano Sala dihentikan

LONDON : Usaha mencari dan menyelamat pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris, Emiliano Sala yang hilang sejak tiga hari lalu di Selat Inggeris dihentikan hari ini.

Menurut kenyataan pasukan penyelamat, peluang untuk pemain itu ditemui dalam keadaan selamat adalah hampir mustahil.

“Waris kedua-dua mangsa iaitu penumpang dan juruterbang telah dimaklumkan mengenai keputusan ini.

“Kami berharap mereka bersabar dan tabah menerima kehilangan orang tersayang,” kata ketua penjaga pelabuhan, David Barker dalam satu kenyataan. - Reuters


DAVID Barker. - AFP

4399 dibaca
Berita Harian X