Khamis, 7 Februari 2019 | 8:07am
PENYIASAT Britain menemui mayat dalam bangkai pesawat yang membawa pemain bola sepak Argentina, Emiliano Sala, semalam. - Foto Reuters

Penyiasat temui mayat dalam pesawat bawa Sala

LONDON: Penyiasat Britain semalam menemui mayat dalam bangkai pesawat yang membawa pemain bola sepak Argentina, Emiliano Sala, semalam.

“Dalam keadaan mencabar, Cabang Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) dan kontraktornya berjaya menemui mayat yang dilihat sebelum ini di celah bangkai pesawat,” kata AAIB.

Pesawat ringan membawa pemain bola sepak berusia 28 tahun itu dan juruterbang, David Ibbotson, ke pasukan baru Liga Perdana, Cardiff City, hilang berhampiran pulau Guernsey, pada 21 Januari lalu. — AFP

2726 dibaca
Berita Harian X