Sabtu, 20 April 2019 | 10:59pm
Seorang doktor bermain dengan kanak-kanak warga Kosovo di sebuah pusat tahanan di Vranidoll, Kosovo. Foto EPA

Kosovo bawa pulang 110 rakyat dari Syria

PRISTINA: Kosovo membawa pulang kira-kira 110 rakyatnya dari Syria, kebanyakannya wanita dan anak mereka, kerana mengikut pasangan masing-masing yang menyertai kumpulan militan di negara terbabit.

“Kumpulan berkenaan termasuk empat lelaki dipercayai menyertai kumpulan militan Daesh, yang didakwa ketika tiba di Pristina kerana terbabit dengan konflik di luar negara,” kata ketua pendakwa raya, Aleksander Lumezi kepada wartawan.

Kosovo yang mempunyai 1.8 juta penduduk dan 90 peratus daripadanya beragama Islam, adalah salah satu negara di Eropah yang mempunyai jumlah rakyat yang menyertai kumpulan militan di Iraq serta Syria.

Sementara itu, kedutaan Amerika Syarikat di Kosovo menyambut baik langkah berkenaan dan menyifatkan sebagai contoh kepada negara lain.

“Kosovo menjadi contoh kepada negara lain yang menyertai Pakatan Global bagi menentang Daesh dan sewajarnya menjadi ikutan kepada masyarakat antarabangsa,” kata kedutaan itu dalam satu kenyataan. - AFP

434 dibaca
Berita Harian X