Ahad, 28 April 2019 | 9:57pm
PEMAIN bola sepak Argentina, Emiliano Sala. - Foto WalesOnline

Polis Britain siasat penyebaran gambar mayat Sala

LONDON: Polis Britain menjalankan siasatan bagaimana gambar yang dilaporkan sebagai mayat pemain bola sepak Argentina, Emiliano Sala, dirakamkan dan disiarkan atas talian.

Sala, 28, dalam penerbangan dari bekas kelab diwakilinya, Nantes, di barat Perancis ke Wales, pada 21 Januari laku untuk menyertai Cardiff City apabila pesawat Piper Malibu satu enjin yang dinaiki hilang di Selat Inggeris.

Bangkai pesawat ditemui pada 3 Februari susulan pencarian yang ditaja badan persendirian dan mayat ditemui tiga hari kemudian.

Lewat bulan itu, mayat Salam diterbangkan balik ke Argentina untuk urusan pengebumian.

“Kami sedar gambar dilaporkan sebagai mayat Sala dikongsi di media sosial dan keadaan ini menjijikkan kerana ada yang melakukannya.

“Ini adalah saat paling sukar kepada keluarga Sala dan tidak sepatutnya mengharungi satu lagi kesengsaraan disebabkan tindakan memalukan ini.

“Kami menyiasat perkara ini dan bekerjasama dengan beberapa agensi untuk menentukan bagaimana ia diambil dan siapa bertanggungjawab,” kata jurucakap bagi Polis Dorset dalam kenyataan. - Reuters

1297 dibaca
Berita Harian X