Isnin, 27 Mei 2019 | 5:36pm
Ketua Parti Buruh, Jeremy Corbyn. - Foto Reuters
Ketua Parti Buruh, Jeremy Corbyn. - Foto Reuters

Penduduk Britain harus diberi peluang sampai pendapat isu Brexit

LONDON: Ketua Parti Buruh, Jeremy Corbyn berkata penduduk British seharusnya diberi peluang menyampaikan buah fikiran mengenai Brexit sama ada menerusi pilihan raya atau referendum kedua.

“Dengan ketidakmampuan parti Konservatif untuk memerintah dan parlimen yang berdepan jalan buntu, isu ini harus diserahkan semula ke tangan rakyat sama ada menerusi pilihan raya atau undian awam.

“Untuk beberapa hari lagi kami akan mengadakan perbincangan bersama keseluruhan parti dan gerakan untuk melihat keputusan kedua belah pihak dalam pembahagian Brexit,” katanya.

Gesaan Corbyn dibuat ketika populis anti Kesatuan Eropah (EU) Nigel Farage kelihatan yakin memenangi pilihan raya Parlimen Eropah yang tidak akan disertai Britain.

Kemelut politik Eropah itu menyaksikan Perdana Menteri Theresa May mengumumkan peletakan jawatan selepas gagal melaksanakan misi Brexit.

“Ia kelihatan seperti kemenangan besar untuk Parti Brexit,” kata Farage kepada wartawan sejurus tiba di Southampton untuk mengundi bagi rantau Tenggara yang menyaksikan beliau muncul sebagai calon.

Undi itu adalah pendekatan pertama Britain dalam menyokong institusi Eropah dalam referendum 2018 yang mengeluarkan negara berkenaan dari blok dengan margin 52-48 undi.

Britain seharusnya meninggalkan EU pada 29 Mac namun keseluruhan proses digantung berikutan kegagalan parlimen mencapai penyelesaian. - Agensi

Berita Harian X