Khamis, 13 Jun 2019 | 8:35pm
BEKAS Menteri Luar Britain, Boris Johnson. - Foto Reuters
BEKAS Menteri Luar Britain, Boris Johnson. - Foto Reuters

Boris Johnson menang pusingan pertama rebut jawatan PM

LONDON: Bekas Menteri Luar Britain, Boris Johnson, semakin hampir merebut jawatan Perdana Menteri apabila menang sebahagian besar sokongan ahli perundangan Parti Konservatif dalam pusingan pertama persaingan menggantikan Theresa May.

Johnson memperoleh 114 undian, dengan Menteri Luar, Jeremy Hunt, di tempat kedua dengan 43 undian dan Menteri Alam Sekitar di tempat ketiga dengan 37 undian.

Tiga calon lain iaitu Andrea Leadsom, Esther McVey dan Mark Harper, tersingkir selepas gagal memperoleh minimum 17 undian yang diperlukan. — Reuters

Berita Harian X