Rabu, 19 Jun 2019 | 1:55am
Boris Johnson. - Foto AFP
Boris Johnson. - Foto AFP

Boris Johnson dahului pusingan kedua penyingkiran

LONDON: Pilihan utama bagi menggantikan Perdana Menteri British, Theresa May, Boris Johnson mendahului pusing kedua penyingkiran selepas memperoleh undian terbanyak bersama-sama empat calon lain.

Bekas datuk bandar London yang juga menteri luar itu memperoleh 126 undi diikuti Setiausaha Luar, Jeremy Hunt di tempat kedua dengan 46 undi dan menteri alam sekitar, Michael Gove ketiga dengan 41 undi.

Menteri pembangunan antarabangsa, Rory Stewart di kedudukan keempat dengan 37 undi manakala menteri dalam negeri, Sajid Javid kelima dengan 33 undi.

Seorang lagi calon, bekas menteri Brexit, Dominic Raab tersingkir selepas gagal memperoleh jumlah minimum 33 undi.

Lima calon yang kekal bakal berdepan pusingan penyingkiran seterusnya sehingga hanya dua calon berbaki.

Dua calon akhir bakal diputuskan hujung minggu ini sebelum anggota Konservatif menentukan siapakah bakal pemimpin dan perdana menteri seterusnya. - Reuters

Berita Harian X