Rabu, 19 Jun 2019 | 8:50pm
Ketua Polis Belanda, Wilbert Paulissen keluar waran tangkap kepada empat suspek yang didakwa menembak jatuh pesawat MH17 milik Penerbangan Malaysia (MAS) di timur Ukraine pada 2014. - Foto Reuters

MH17: JIT sudah keluar waran tangkap 4 suspek

NIEUWEGEIN: Pasukan Penyiasatan Bersama Antarabangsa (JIT), hari ini berkata mereka mengeluarkan waran tangkap ke atas tiga suspek warga negara Russia dan seorang warga negara Ukraine yang didakwa menembak jatuh pesawat MH17 milik Penerbangan Malaysia (MAS) di timur Ukraine pada 2014.

Siasatan diketuai kerajaan Belanda berkata, pihaknya mengeluarkan waran itu kepada Igor Girkin, Sergey Dubinskiy dan Oleg Pulatov serta Leonid Kharchenko dari Ukraine.

“Hari ini kita akan menghantar waran tangkap antarabangsa kepada suspek pertama yang akan didakwa.

Mereka juga akan diletakkan dalam senarai negara dan antarabangsa,” kata Ketua Polis Negara Belanda, Wilbert Paulissen yang memberitahu sidang media, semalam.

Sementara itu, pendakwa raya Belanda, Fred Westerbeke berkata mereka adalah empat suspek yang akan dipertanggungjawabkan membawa senjata maut, BUK Telar ke timur Ukraine.

JIT berkata pada Mei 2018, peluru berpandu anti pesawat BUK yang menembak jatuh pesawat Boeing 777 berasal dari briged tentera Russia ke-53 yang berpangkalan di bandar Kurk, barat daya Russia. - AFP

Berita Harian X