Selasa, 25 Jun 2019 | 11:16pm
Boris Johnson, calon pilihan yang mungkin menjadi Perdana Menteri Britain. - Foto Reuters

Bakal PM Britain tolak lanjutkan Brexit

LONDON: Boris Johnson, calon pilihan yang mungkin menjadi Perdana Menteri Britain, menolak lanjutan tarikh baharu bagi negara itu berpisah daripada Kesatuan Eropah (EU), hari ini.

Katanya, beliau tidak akan ‘berehat’ sehingga Brexit berjaya dilaksanakan pada 31 Oktober depan.

“Ya... Perdana Menteri yang berkuasa menentukan tarikh lanjutan baharu berdasarkan syarat lanjutan Brexit semasa.

“Ia juga terserah kepada EU untuk membenarkannya.

“Ketika ini, undang-undang berkata, Britain akan keluar daripada EU pada 31 Oktober depan,” katanya ketika ditanya sama ada beliau menolak lanjutan baharu Brexit. - REUTERS

Berita Harian X