Rabu, 10 Julai 2019 | 3:19pm
FOTO hiasan.

Wanita maut penyedut minuman besi tertusuk mata

LONDON: Seorang wanita dilaporkan meninggal dunia selepas penyedut minuman besi menembusi mata kirinya dan terus ke otak beliau ketika mangsa terjatuh.

Elena Struthers-Gardner, 60, membawa gelas berbentuk tembikar dengan penyedut besi tahan karat sepanjang 25 sentimeter di tengah penutup apabila beliau terjatuh, menurut laporan Daily Echo semalam.

Kejadian berlaku di rumahnya di kampung Broadstone pada 22 November lalu, menurut laporan.

Mangsa dibawa ke hospital selepas pasangannya menemui beliau tertiarap dan mengeluarkan bunyi ratapan berhampiran dapur.

Beliau meninggal dunia akibat kecederaan otak keesokan hari.

Pasangan Struthers-Gardner, Mandy berkata beliau pergi ke dapur dan melihat Lena tertiarap.

“Saya nampak penyedut minuman tertusuk ke dalam kepala.

“Saya menghubungi talian kecemasan dan meminta ambulans dihantar.

“Saya mengalihkan beliau dan melihat penyedut itu menembusi mata kirinya,” kata Mandy.

Mangsa ialah bekas joki yang mengalami kesukaran pergerakan selepas kemalangan ketika menunggang kuda ketika beliau berusia 21 tahun. — Agensi

7321 dibaca
Berita Harian X