Sabtu, 10 Ogos 2019 | 1:49am
FOTO hiasan.

London dan tenggara England terputus bekalan elektrik

LONDON: Sebahagian besar London dan tenggara England terputus bekalan elektrik pada pagi semalam, yang menjejaskan perkhidmatan kereta api dan lampu isyarat.

Difahamkan perkhidmatan kereta api di dalam dan luar London termasuk Thameslink, Southern dan Gatwick Express menghadapi masalah kelewatan dan pembatalan.

Transport for London (TfL) berkata, sistem landasan kereta api Victoria di bawah tanah bandar raya terpaksa digantung dan amaran diberikan kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati menggunakan jalan raya kerana lampu isyarat tidak berfungsi.

“Kami percaya ia berpunca daripada kegagalan sistem rangkaian National Grid sehingga menjejaskan pelanggan kami,” kata UK Power Network menerusi Twitter.

National Grid memiliki sistem penghantaran elektrik dan gas di England dan Wales untuk mengimbangi bekalan dan permintaan pelanggan.

Setakat ini, National Grid gagal dihubungi untuk memberikan sebarang komen. - Reuters

567 dibaca
Berita Harian X