Sabtu, 10 Ogos 2019 | 1:18pm
Media tempatan melaporkan beberapa orang yang cedera didiagnosis dengan pendedahan radiasi dan dipindahkan oleh pesawat ke Moscow. - FotoBBC

Lima maut ketika lakukan ujian roket

MOSCOW : Agensi nuklear Russia, Rosatom mengesahkan bahawa lima petugas mereka terbunuh dalam ujian di tapak ketenteraan di utara negara itu, lapor agensi berita RIA, awal pagi tadi.

Kemalangan berkenaan berlaku ketika ujian dijalankan ke atas cecair kipas enjin roket, kata agensi terbabit, memetik Rosatom sebagai berkata.

Pihak berkuasa Russia sebelum ini memberitahu, dua individu maut dalam nahas itu manakala sebuah bandar berhampiran melaporkan peningkatan tahap radiasi apabila sebuah enjin roket meletup di tapak ujian di Archangelsk, Khamis lalu.

Menurut pihak berkuasa, mereka terpaksa menutup sebahagian teluk di Laut Putih kepada aktiviti perkapalan.

Sementara itu media serantau melaporkan, penduduk tempatan sudah mula menambah bekalan iodin masing-masing bagi mengurangkan kesan pendedahan radiasi selepas kejadian.

Kementerian Pertahanan Russia sehingga kini masih belum mengeluarkan kenyataan penuh. - Reuters

942 dibaca
Berita Harian X