OSLO: Serangan bersenjata di masjid Norway, semalam, akan disiasat sebagai kemungkinan serangan pengganas, menurut polis, hari ini.
Suspek penembak di Pusat Islam Al-Noor di ibu negara Norway itu adalah seorang lelaki berkulit putih muda yang membawa beberapa senjata.
Dia pernah menyuarakan pendapat pelampau nasionalis dan anti pendatang, kata pembantu ketua polis, Rune Skyjold dalam sidang media.
“Kami menyiasat kes ini sebagai cubaan melakukan serangan pengganas. Suspek sudah ditahan selepas serangan. Beberapa tembakan dilepaskan, namun tiada siapa yang cedera.
“Salah seorang jemaah berjaya menjatuhkan beliau, sebelum polis tiba. Mereka menunjukkan keberanian yang hebat,” kata Skjold.
Jurucakap masjid, Waheed Ahmed memaklumkan hanya tiga orang sahaja berada di masjid, ketika serangan, untuk melakukan persiapan Aidiladha. - Reuters